Tuesday, February 14, 2006

Kisah hidup sebiji oren yang melampau.

Wahai para pembaca,

Nama aku oren. Saya ialah sebiji buah juga yang berwarna oren. Nama saya tidak asing lagi di bumi Malaysia ini. Biasanya nama saya akan menjadi lebih "fehmes" menjelang Tahun Baru Cina. Namun begitu, kisah saya sebagai sebiji oren amatlah jarang diperkatakan di kalangan rakyat jelata.

Lihat betapa besarnya buah aku.
Boleh dikatakan tidak pernah dicerita langsung, "Has never been told" kata orang putih. Tetapi ingat, nama saya Buah oren, dan bukannya buah pelir ok? Bezanya teramat besar tau? Ini adalah kerana orang menganggap cerita limau tidak 'glamour' serta tidak sesuai dijadikan "kepala garis" yang memberi maksud "Head Line" dalam bahasa orang putih pucat.

Siapa lah yang nak dengar cerita oren di dalam akhbar akhbar tabloid? Orang orang zaman sekarang lebih gemar membaca kisah artist artist yang berkhalwat. Entah apa yang best sangat yang boleh dibaca tentang kisah jantan yang gemar menusuk lubang di merata-rata tempat tanpa memohon lesen yang dipanggil "perkahwinan".

Orang sure tertanya-tanya apakah yang boleh disampaikan oleh sebiji oren. Ceritanya begini. Anda pasti pernah mendengar cerita tentang upacara "menghumban" oren ke dalam sungai di kalangan kaum tionghua khasnya wanita muda pada hari Chap Goh Mei yang juga dikenali sebagai hari kekasih versi tionghua. Hari itu adalah hari yang paling gelap kepada kita kerana ia merupakan hari penghumbanan beramai ramai saudara oren sedunia.

Adakah kamu sampai hati untuk meraba buah aku yang comel ini?
Saya juga tidak dikecuali daripada hukuman tidak berperikemanusiaan ini (walaupun saya bukan manusia). Ia juga merupakan hari di mana kesucian saya akan asyik dinodai dan diraba oleh gadis gadis yang hamsap ini. Apa lah salah saya. Dah lah kena rogol, lepas tu kena humban ke dalam laut lagi. Pahadal saya boleh di katakan amat berjasa kepada manusia yang tidak mengenang budi ini.

Saya boleh dijadikan sebagai minuman mahupun makanan, dan kulit saya amat berguna dalam perubatan tradisional cina. Saya juga boleh menyamar sebagai bola tenis dan juga boleh bertukar menjadi payudara cetak rompak kepada mak nyah yang terlalu miskin untuk mejalani pembedahan plastik yang boleh 'membesarkan' si payu secara organik itu . Bermacam macam kegunaan saya.

Namun, saya tidak berapa faham kenapa saya perlu dikorban dengan sewenang wenangnya. Adakah harga saya terlalu murah ataupun mahal? Isu itu terpulang kepada taukeh yang menjual buah. Kalau ikut trend zaman orang cina dulu dulu tu, upacara menghumban orang ke dalam laut ataupun longkang adalah hukuman yang dijatuhkan kepada pasangan yang berzina. Saya ni dirogol okay? Raping me against my consent kata orang putih. Bukannya salah saya jikalau potongan badan ku ni menarik dan terlalu seksa seksi. I am diberanakan to be liddat. Fixed figure. Full stop. Habis cerita.

Teruk aku dinodai. Nasi sudah menjadi kuey tiao...

Namun demikian saya mempunyai sebuah teori yang boleh menerang kenapa mereka ini sebegitu hamsap. Pernahkah ada mendengar cerita si adam dan hawa(eve)? Kalau pernah, nama penuh Si Hawa ni sebenarnya 'Hawa Nafsu'. Tak faham lagi? Kalau begitu kamu baru menlayakkan diri anda untuk menyertai kursus misteri khasnya untuk orang yang terlalu bodoh yang dianjur dan ditaja oleh SunKiss. Lepas tu, anda juga boleh memenangi VCD yang berjudul "I not stupid" yang akan diagihkan secara percuma melalui premis kita.

Perayaan tahun baru cina akan sentiasa menjadi igauan negri bagi saya. Manusia yang jahil tidak akan memahami betapa terkilan hati saya pada setiap perayaan tahun baru cina ini. Tak kira bagaimana saya diambil kesempatan, diraba, dinodai, mahupun dihumban, saya tetap sebiji buah oren. Nasib saya sebagai buah besar tetapi montel akan sentiasa diabaikan.

Yang Benar,
Encik Oren.

Kepada semua rakan-rakan saya yang sibuk ber-dating, selamat menyambut hari Valentine.

3 comments:

increadible.liz said...

Karangan yang amat menarik! Walaupun ia tersangat panjang, saya masih berkuasa membaca sambil ketawa macam monyet!*lol* kesian oren...

Anonymous said...

hahaahhaa....lawak la entri supporter ni. ermm..komen perlu ditaipkan dlm bahasa melayu jugak? haahhaaha..saya ni tergelak gelak bila membaca ttg kisah si oren yg kesian itu. supporter buatkan si oren itu mcm oren betina (wujudkah oren betina atau lelaki?) tapi kat bawah tu tulis pulak encik oren. jadi kes si oren ni yg kena rogol dan dinodai dan pelbagai lagi aksi yg merangsangkan sebenarnya adalah kes sodomi(betul tak ejaan? english tau la eja...melayu lantak je..lolz)? hmm,untuk tidak memberikan lebih byk tamparan lagi kepada si oren yg kesian tapi montel ni..pada tahun baru cina ini, saya tidak byk memakan buah oren. satu perbuatan yg dpt menyenangkan hati encik oren? hahahaahahaa...

p/s: lawak la..supporter got the idea of writing kisah si oren frm where siot? gud 1..really gud..lolz..oh ya..me is Sonia the President..wahahahaha...

anthraxxxx said...

Lili-san: Eh eh teramat panjang ke? Sebenarnya saya sudah 'trim' dia punya length sebanyak 30%. Rasa gambar tu la yang menyebabkan karangan ini kelihatan panjang.

President: Komen boleh ditiap dalam pelbagai bahasa. Kan rakyat malaysia suka mengguna bahasa rojak? haha I rasa sodomy is called liwat in BM. I tak mau kata si oren diliwat kerana ia tidak menpunyai apa apa "lubang" yang boleh ditemui di atas permukaannya yang licin. I got this idea from a friend of mine who cakap wanted to baling oren into the river dan hari valentine versi ang moh is just 2 days away. So I rasa buang oren itu membazir lor. Tak murah si oren mandarin tahun ni. Anyway supporter tau it's president when president called me supporter. So ada klue yang obvious lor.

This is my first attempt in writing full BM. Tlima kasih kepada kamu semua yang menjadi pembaca yang setia belog saya selama ni. Arigatou!

 
ss_blog_claim=05cff053629b56e05caa931be301bdac